Kerajaan Eksekutif


Fungsi eksekutif negeri dilaksanakan oleh Kerajaan Eksekutif. Berlandaskan kepada sistem kerajaan berparlimen Kerajaan Eksekutif pada umumnya dikenali sebagai Kabinet atau Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Ahli-Ahli Kabinet adalah terdiri daripada para Menteri yang bertanggungjawab secara kolektif kepada Dewan Undangan Negeri.

Dibawah sistem kerajaan berparlimen, parti politik atau parti campuran yang mempunyai suara majoriti di dalam Dewan Undangan Negeri, mempunyai hak untuk menubuh Kerajaan Eksekutif atau Kabinet. Ketua Parti majoriti berkenaan yang pada pendapat Yang di-Pertua Negeri mempunyai keyakinan majoriti, akan dilantik menjadi Ketua Menteri. Parti minoriti di dalam Dewan Undangan negeri pula akan menjadi pihak Pembangkang. Sekiranya kerajaan yang memerintah kehilangan majoriti atau ditewaskan di dalam Dewan atas isu-isu utama, mereka harus melepaskan tampuk pemerintahan. Oleh itu, adalah penting bagi mana-mana parti utama untuk mendapat dan mengekalkan jumlah majoriti keahlian di dalam Dewan Undangan Neeri bagi mengekalkan tampuk pemerintahan.

Di bawah Perlembagaan Negeri, Yang di-Pertua Negeri boleh melantik, atas nasihat Ketua Menteri, tidak lebih daripada lapan atau tidak kurang daripada empat orang Menteri dari kalangan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri. Yang di-Pertua Negeri juga boleh melantik, atas nasihat Ketua Menteri, beberapa orang Ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri-Menteri Muda. Menteri- Menteri Muda yang dilantik bagaimanapun tidak dianggap sebagai anggota Kabinet. Tugas mereka ialah untuk membantu Ketua Menteri dan Menteri - Menteri dalam menjalankan tanggungjawab di bawah portfolio masing-masing.

Pengenalan
Hakcipta Terpelihara @DUNSARAWAK2001