Cokmar

Cokmar istiadat yang digunakan pada masakini merupakan sebahagian daripada alat kebesaran institusi berparlimen. Ia berasal daripada sejenis senjata dan diperkembangkan daripada bentuk belantan dan tongkat. Cokmar adalah simbol kepada kekuasaan Speaker. Semasa Dewan bersidang ia diletakkan diatas meja di hadapan Speaker. Apabila Dewan bermesyuarat pada peringkat jawatankuasa, cokmar akan dialih dari atas meja dan diletakkan di tempat yang lebih rendah. Pada peringkat itu Speaker bukan lagi seorang Speaker, tetapi bertindak sebagai Pengerusi jawatankuasa.

Masa Soal Jawab

Soalan-soalan adalah elemen terpenting dan merupakan fungsi utama Dewan Undangan Neeri untuk menghalang Kerajaan Eksekutif daripada menggunakan kuasa dengan sewenang-wenangnya. Soalan-soalan yang dikemuka biasanya akan mendesak Kerajaan untuk mengambil tindakan pembetulan atau tindakan-tindakan wajar yang lain.

Akaunabiliti kerajaan dapat disaksikan dengan jelas semasa sesi soal jawab. Satu jam pada setiap hari persidangan akan diperuntukkan kepada Ahli-Ahli untuk menyoal Menteri-Menteri tentang hal ehwal awam, prosiding Dewan maupun hal-hal mengenai pentadbiran. Sesi soal jawab ini lazimnya mendapat perhatian bukan sahaja dari kalangan Ahli, tetapi juga dari pihak media massa dan para pemerhati di Galeri Awam.
Hakcipta Terpelihara©DUNSARAWAK 2005