Rang Undang-Undang>>

Contoh: Ordinan


Sebahagian besar daripada masa persidangan Dewan Undangan Negeri digunakan untuk mempertimbang dan membahaskan rang undang-undang. Rang undang-undang yang dibawa dan dibentangkan oleh Menteri-Menteri adalah rang undang-undang kerajaan atau rang undang-undang awam manakala Ahli-Ahli lain boleh mengemukakan rang undang-undang persendirian ( Private Member's Bill ).


Sebelum sesuatu rang undang-undang diluluskan, ia akan melalui peringkat-peringkat seperti berikut:


Bacaan Kali Yang Kedua --- Pengenalan terhadap prinsip-prinsip am dan perkara-perkara yang dicadangkan di dalam rang undang-undang. Peringkat Jawatankuasa --- Butir-butir di dalam rang undang-undang diperbincang dan diperbahaskan. Teks rang undang-undang boleh dipinda. Apa bila sesuatu rang undang -undang dirujuk kepada jawatankuasa Pilihan, perbicaraan awam ( public hearing ) akan diadakan.
Bacaan Kali Yang Ketiga --- Apabila rang undang-undang diluluskan.

Sebelum sesebuah rang undang-undang dibentang ke dalam Dewan Undangan Negeri, ia perlu dicetak dan diterbit sejajar dengan peruntukan Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat. Salinan rang undang-undang akan diedar kepada Ahli-Ahli apabila rang undang-undang dibentang ke dalam Dewan, ia dianggap sebagai sudah dibaca untuk kali yang pertama dan akan dikemukakan untuk bacaan kali yang kedua pada masa itu atau pada hari persidangan berikutnya. Hanya selepas rang undang-undang itu mendapat persetujuan daripada Ahli-Ahli Dewan, barulah ia dikemukakan kepada TYT Yang di-Pertua Negeri untuk kelulusan sebelum diwarta sebagai ordinan (undang-undang).






kembali ke Laman Utama
Hakcipta Terpelihara©DUNSARAWAK 2005