Dewan Undangan Negeri



Dewan Undangan Negeri Sarawak kini mempunyai 71 orang Ahli yang dipilih. Seorang Ahli bagi setiap kawasan pilihanraya negeri. Luas kawasan pilihanraya adalah berbeza-beza dengan jumlah pengundi paling ramai daripada kawasan-kawasan bandar manakala kawasan luar bandar yang luas mempunyai jumlah pengundi yang kecil disebabkan masalah perhubungan.


Selepas pilihanraya umum di adakan, seseorang Ahli yang dipilih akan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri untuk tempoh lima tahun atau sehingga pilihanraya umum baru di adakan.


Perlembagaan Negeri memperuntukkan bahawa Dewan Undangan Negeri mesti mengadakan persidangan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Persidangan mesti diadakan kerana tiada sebarang cukai atau perbelanjaan boleh dikenakan ke atas Dana Tergabung Negeri melainkan setelah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri. Belanjawan tahunan negeri biasanya dibentangkan oleh Kerajaan Eksekutif.


  • PROSUDER

Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Negeri, Dewan Undangan Negeri mesti menjalankan prosedurnya sendiri dan merangka Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat. Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat yang diluluskan melalui resolusi Dewan Undangan Negeri memperuntukan tentang aturan tingkah laku, keistemewaan dan prosedur parlimen yang mengawal prosiding semasa persidangan dan mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Dewan Undangan Negeri.


Jumlah kuorum bagi persidangan Dewan Undangan Negeri ialah sekurang-kurangnya satu pertiga daripada jumlah keseluruhan Ahli. Mana-mana Ahli bioleh memeklumkan tentang kekurangan kuorum pada bila-bila masa persidangan. Sekiranya jumlah kuorum masih tidak mencukupi, persidangan boleh ditangguhkan ke hari yang berikutnya.


Ahli-Ahli Dewan boleh berucap mengenai mana-mana perkara yang mempunyai kepentingan awam di bawah prinsip kebebasan berucap sepertimana yang diperuntukkan oleh Ordinan Dewan Undangan Negeri (Privileges, Immunities and Powers), Akta Hasutan dan Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri.


Asas bagi sebuah Dewan Undangan Negeri yang berkesan adalah terletak kepada kebebasan berucap di mana Dewan meletakkan had-had tertentu melalui Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat dan amalan berparlimen.



Kembali Ke Laman Utama
Hakcipta Terpelihara©DUNSARAWAK 2005