Piagam Pelangan


  • Untuk memastikan segala urusan Kerajaan berhubung dengan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri dan Mesyuarat Jawatankuasa-Jawatankuasa Berpenggal dilaksana dalam jangkamasa seperti yang dikehendaki oleh Perlembagaan Negeri dan Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri.

  • Untuk menyiapkan Penyata Rasmi Persidangan Harian (Verbatim) dengan setepat mungkin dalam masa empat jam selepas penangguhan mesyuarat dan diedar kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebelum jam 9:00 pagi hari berikutnya.

  • Untuk memastikan Penyata Rasmi Persidangan siap disunting, dicetak dan diedar kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam masa enam bulan selepas persidangan tamat.

  • Untuk menyiapkan Laporan Jawatankuasa Akaun Awam, Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas dan Laporan Jawatankuasa-Jawatankuasa Berpenggal dengan setepat mungkin untuk dibentang dalam persidangan yang berikutnya setiap tahun.

  • Untuk memproses permohonan pinjaman perumahan dan kenderaan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam masa satu bulan dari tarikh permohonan diterima dengan syarat semua dokumen diterima dengan lengkap dan teratur untuk pertimbangan dan kelulusan pihak berkuasa.

  • Untuk menyiapkan dokumen-dokumen pembayaran elaun, pencen, ganjaran dan pencen terbitan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan bekas Ahli-Ahli Pentadbiran dalam masa dua minggu sebelum tarikh pembayaran gaji setiap bulan.



Kembali Ke Laman Utama Hakcipta Terpelihara©DUNSARAWAK2005