Pentadbiran



Pentadbiran Dewan Undangan Negeri Sarawak dijalankan sebagai sebuah Penjawat Awam Negeri dan merupakan sebuah jabatan yang berdiri di bawah Jabatan Ketua Menteri.

Kakitangannya adalah terdiri daripada kakitangan Awam dan boleh ditukar tempat berkerja. Setiausaha adalah Ketua Jabatan dan dibantu oleh seorang Timbalan Setiausaha dan 20 orang kakitangan sokongan.

Setiausaha dan Timbalan Setiausaha adalah dilantik oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri.

Selain daripada kakitangan sokongan tetap, Pentadbiran Dewan Undangan Negeri dibantu oleh beberapa kakitangan sokongan lain seperti Pengawal Keselamatan dibawah bidang kuasa Jabatan Ketua Menteri yang diletak di Bangunan Dewan Undangan Negeri untuk menjaga keselamatan Bangunan Dewan Undangan Negeri.

Bahagian-bahagian yang terdapat di jabatan ini adalah:
  • Pentadbiran dan Akaun
  • Penerbitan
  • Perpustakaan
  • Pejabat YB. Speaker



Untuk keterangan lanjut mengenai fungsi seksyen-seksyen di Pejabat Pentadbiran Dewan Undangan Negeri sila pilih menu di bawah:

Fungsi Pejabat YB. Speaker
kembali ke Laman Utama
Hakcipta Terpelihara©DUNSARAWAK 2005