Pegawai Parlimen Dan Bentara Mesyuarat (Serjeant-at-Arms)

1. Pegawai Parlimen

  • Pegawai-pegawai parlimen (Table Officers) yang bertugas di dalam Dewan terdiri daripada Setiausaha dan Timbalan Setiausaha. Ketua Eksekutif Dewan Undangan Negeri ialah Setiausaha.

  • Di antara tugas Setiausaha ialah mempastikan urusan perakaman terhadap prosiding Dewan berjalan lancar, menyimpan dokumen pemasyhuran dan kertas-kertas parlimen, menasihati Speaker, Menteri-Menteri dan Ahli-Ahli Yang Berhormat tentang prosedur, perlembagaan, perundangan dan keperluan parlimen.

  • Setiausaha Dewan Undangan Negeri sekarang ialah Encik Abang Othman b. Abang Fata dan Timbalan Setiausaha ialah Encik Supian Tarmizi b. Haji Mohd. Tazuddin.

  • Speaker Dewan Undangan Negeri mengikut kuasa-kuasa yang ada padanya melantik beberapa orang pegawai kanan kerajaan sebagai pegawai Parlimen semasa persidangan Dewan berlangsung.

2. Bentara Mesyuarat (Serjeant-at-Arms)
  • Adalah pegawai yang sudah menjadi sinonim dengan persidangan Dewan Undangan Negeri. Tugas-tugas Bentara Mesyuarat selain membawa Cokmar juga menjaga ketenteraman Dewan. Beliau akan melaksanakan segala arahan yang diperintahkan oleh Speaker. Bentara Mesyuarat mengepalai perarakan istiadat kemasukan Speaker dan juga semasa keluar daripada Dewan Mesyuarat



Kembali Ke Laman Utama
Hakcipta Terpelihara©DUNSARAWAK 2005