Jawatankuasa Kira-Kira Awam


  • Jawatankuasa ini adalah Jawatankuasa Pemilihan bersesi yang dilantik pada setiap permulaan sesi persidangan. Tugas-tugas Jawatankuasa ini adalah untuk memeriksa:

  • Kira-kira bagi Kerajaan Negeri dan peruntukan jumlah wang yang dibenarkan oleh Dewan untuk memenuhi perbelanjaan awam;

  • Kira-kira bagi Pihak Berkuasa Awam dan lain-lain badan pentadbiran dana awam seperti yang telah dibentangkan di hadapan Dewan;

  • Laporan Audit Awam yang dibentangkan di hadapan Dewan nenurut Artikal 107, Perlembagaan Persekutuan; dan Apa-apa perkara yang Jawatankuasa fikir layak, atau yang dirujukkan oleh Dewan kepada Jawatankuasa.

  • Jawatankuasa ini merupakan sebuah Jawatankuasa Pemilihan yang paling berkuasa dalam meneliti perbelanjaan dan pengurusan kewangan Kerajaan Negeri. Jawatankuasa akan mengadakan mesyuarat bagi memeriksa kira-kira Jabatan Negeri sebaik sahaja menerima laporan dari Jabatan Audit.

  • Jawatankuasa ini terdiri daripada seorang Pengerusi dan tidak kurang daripada 6 orang ahli yang dilantik. Ahli tidak boleh dilantik atau memangku jawatan Pengerusi sekiranya dia adalah seorang Menteri.


Pengerusi:
Y.B. Dr. Haji Wahbi bin Haji Junaidi


Ahli-Ahli :

Y.B. Tuan Haji Abdul Karim Rahman Hamzah

Y.B. Dr. Jerip Susil Y.B. Tuan Haji Julaihi b. Haji Narawi

Y.B. Encik Peter Nansian Ngusie Y.B. Encik Gabriel Adit Demong

Y.B. Encik Chiew Chiu Sing




Kembali Ke Laman Utama
Hakcipta Terpelihara©DUNSARAWAK 2005