TYT Yang di Pertua Negeri

Tuan Yang Tertutama Yang di Pertua Negeri hadir bagi merasmikan Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak


Sistem dewan perundangan Sarawak mengandungi Yang di-Pertua Negeri (Gabenor) dan sebuah badan perundngan yang dinamakan Dewan Undangan Negeri atau lebih dikenali sebagai Council Negri.

TYT yang di-Pertua Negeri mempunyai hak istimewa untuk memanggil dan membubar Dewan Undangan Negeri atas nasihat Ketua Menteri. Pada upacara pembukaan penggal baru Dewan Undangan Negeri, TYT Yang di-Pertua Negeri akan menyampaikan Ucapan Diraja (Ucapan Negeri) di dalam Dewan Mesyuarat sebelum persidangan bermula.


TYT Yang di-Pertua Negeri biasanya merasmikan pembukaan penggal baru Dewan (pada bulan Mei) dengan menyampaikan ucapan kepada sidang Dewan dari tempat Speaker. Ucapan beliau lazimnya menggariskan dasar-dasar kerajaan untuk penggal (tahun) yang akan datang. Selepas beliau berucap, dua orang Ahli (Penyokong Kerajaan yang baru dipilih) akan membuat usul dan sokongan melalui ucapan yang ringkas (Address-in-Reply).


Ucapan yang ringkas ini mengutarakan hal-hal berkaitan dengan ketaatan kepada Tuan Yang Terutama, para pemimpin dan komitmen untuk bekerja keras. Ianya akan diikuti oleh perbahasan terhadap dasar-dasar dan pentadbiran am kerajaan serta perkara-perkara yang berkaitan dengan hal ehwal rakyat di kawasan pilihanraya Ahli-Ahli.



Hakcipta Terpelihara©DUNSARAWAK 2005