SAAT-SAAT KEMERDEKAAN






Dari 1946 hingga saat-saat sebelum merdeka, Dewan terus bergerak menempuh arus-arus perubahan yang banyak seiring dengan kedudukan negeri ditadbirkan oleh pejabat tanah jajahan yang berpusat di London melalui wakil-wakilnya di Sarawak.


Zaman gembilangnya mulai berputik pada 16 September 1963 apabila Sarawak mencapai kemerdekaan melalui Malaysia. Dewan Undangan Negeri turut berubah wajah dengan ahli-ahlinya dipilih melalui pilihanraya. Ahli-ahli Dewan kini dipilih oleh rakyat melalui amalan demokrasi pilihanraya secara langsung.


Sebagai mengenang jasa Ai-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia pertama yang menghasilkan cadangan pembentukan Malaysia dengan Sarawak memperolehi kemerdekaan melaluinya, Dewan Undangan Negeri yang bersidang pada 26 Mei 1971 telah meluluskan usul menyampaikan ucapan terima kasih kepada YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.


Usul terimakasih Dewan kepada YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 26 Mei 1971 adalah seperti berikut:
"Bahawasanya Dewan ini meluluskan untuk merakamkan penghargaan yang berkekalan kepada Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, kerana perkhidmatan cemerlangnya kepada negara terutama kepada Sarawak yang telah mendapatkan kemerdekaan kami menerusi Malaysia. Semoga Allah akan melimpahkan YTM Tunku dengan sihat afiat dan kebahagiaan serta kejayaan dalam usaha-usaha selanjutnya bagi mencapai persefahaman, persaudaraan dan keamanan yang lebih besar di antara umat manusia"

Kembali Ke Laman Utama Hakcipta Terpelihara©DUNSARAWAK 2005