Penentang politik kerajaan di dalam Dewan Undngan Negeri dinamakan sebagai Pembangkang. Ahli-Ahli parti terbesar atau parti-parti campuran di pihak Pembangkang boleh memilih salah seorang daripada mereka untuk bertindak sebagai Ketua Pembangkang. Tugas pihak Pembangkang bukan sekadar untuk membangkang, mendedah penyelewangan atau cuba untuk menjatuhkan kerajaan, malah boleh mengemukakan pendapat atau pandangan-pandangan untuk menwujudkan kerajaan yang berprospek sebagai alternatif. Oleh yang demikian, mereka mempunyai banyak peluang untuk mencabar, menyiasat dan mengkritik kerajaan secara membina di dalam Dewan Undangan Negeri walaupun jumlah mereka kecil.
Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri yang tidak menganggotai mana-mana parti politik dikenali sebagai Ahli Bebas.
Kembali
Hakcipta Terpelihara©DUNSARAWAK 2005